|

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.
Langkawi Geopark adalah nama baru pulau peranginan Langkawi. Langkawi Geopark merupakan satu jenama terbaru bagi menggambarkan keunikan taman geologi dunia di keseluruhan pulau Langkawi. Pelancong pencinta alam semulajadi dan geologi pastinya kagum dengan geopark yang terdapat di Langkawi. Langkawi diiktiraf sebagai geopark ke-49 di dunia dan pertama di Asia Tenggara oleh UNESCO.
Langkawi merupakan lokasi formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu ‘dropstone’ berusia satu bilion tahun boleh didapati.Tambahan pula Langkawi mempunyai 99 buah pulau yang romantik dan diselubungi pelbagai misteri legenda . Sudah pasti Langkawi dapat menyaingi pulau Bali dan Phuket.
Di antara tempat menarik di Pulau Langkawi:
| | | * Dataran Helang * Gua Wang Buluh, Pulau Tuba * Pulau Tuba * Telaga Ayer Hangat * Pantai Pasir Hitam * Pantai Cenang * Pantai Tengah * Pantai Teluk Yu * Pantai Kok * Pulau Dayang Bunting * Pulau Payar * Pulau Beras Basah * Pantai Pasir Tengkorak * Pulau Singa * Pulau Rebak * Tanjung Rhu * Taman Burung * Taman Geoforest Langkawi * Pusat Kraf & Kebudayaan * Air Terjun Temurun * Air Terjun Durian Perangin * Air Terjun Telaga Tujuh | * Gunung Raya * Lubuk Semilang * Kg Buku * Mardi Agropark * Gunung Mat Cincang * Kereta Kabel Langkawi * Oriental Village * Telaga Harbour Park * Pandangan Indah Kuala Melaka * Pekan Kuah * Pekan Rabu, Kuah * Beras terbakar * Under Water World * Muzium Ismail Hussin * Muzium Padi (Laman Padi) * Muzium Galeria Perdana * Makam Purba* Industri Gamat * Taman Buaya Langkawi * 'Snake Santuary' * Kota Mahsuri
| | 
| | |
|